Kertas Kajian

Pembinaan Kit Pembelajaran PAK DUNGING untuk m/p Bahasa Iban.

oleh: LING PIK KUONG, AUGUSTINE MAPANG, ALIZA ANTHONY ABET & RAZALI SULONG
** Kajian berkolaborasi dengan guru & murid SK Sg. Kawi dan SK Nanga Strass  + guru pelatih Kumpulan PSV PISMP sem. 2/2012 **


ABSTRAK: Selaras dengan hasrat transformasi pendidikan 2012 yang menekankan pendidikan berkualiti tanpa keciciran pelajar dalam kemahiran membaca dan menulis,  usaha ke arah pembangunan kit pembelajaran Bahasa Iban untuk kegunaan sekolah-sekolah kebangsaan yang membekalkan mata pelajaran tersebut di negeri Sarawak menjadi fokus kajian ini. Pembangunan kit pembelajaran ini adalah berlandaskan teori pembelajaran konstruktivisme dengan konsep belajar melalui bermain sepertimana yang disarankan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2011). Kit Pembelajaran Akses Kendiri ini dinamakan kit PAK DUNGING untuk memberi penghargaan kepada pengasas Bahasa Iban, En Dunging. Kit ini dibawa ke dua buah sekolah kebangsaan untuk dikaji  kelebihan dan kelemahannya tentang  pelaksanaannya dalam konteks kelas sebenar. Data temubual dan pemerhatian ke atas 20 orang pelajar dianalisis sebagai dapatan kajian yang turut memberi input ke arah proses permurnian kit pembelajaran tersebut.  Kit PAK DUNGING diterima baik oleh guru dan murid kerana ia mampu membangkitkan proses pembelajaran akses kendiri yang menyeronokkan dan bermakna. Selain daripada peningkatan pemahaman perbendaharaan kata Bahasa Iban, ia turut membekalkan peluang pendedahan warisan budaya kaum Iban yang ternilai. Walaupun proses pembangunan Kit PAK DUNGING ini dikesan kelemahan dalam penyusunan kandungan mengikut tahap kesediaan murid, proses penambahbaikan akan diteruskan pada fasa lanjutan. Kepentingan  pembangunan kit pembelajaran sedemikian tidak dapat dinafikan dan eksplorasi penghasilannya harus diteruskan untuk memberi manfaat bukan saja kepada masyarakat kaum Iban malah memenuhi kehendak semasa dan masa depan pembangunan negara kita.





1 comment:

  1. usaha yang berterusan akan dilaksanakan untuk menghasilkan 6 buah buku aktiviti PAK DUNGING berdasarkan sukatan pelajaran B. Iban dari tahun 1 hingga 6.

    ReplyDelete