Saturday, 24 November 2012

Pengenalan Asas Seni Visual

Bahasa visual dalam seni ini dipetik dari Bahagian Perancangan Kurikulum, KPM, Malaysia. Ia bukan saja diaplikasikan kepada Tahun 3 KSSR, istilah seni visual ini adalah untuk semua peringkat.

Sila klip sini.

Powerpoint dari Bahagian Perancangan Kurikulum

Monday, 8 October 2012

Pameran Arca dari Tamadun Maya






Arca-arca Tamadun mempunyai nilai estetika yang tinggi. Ia bukan sahaja merupakan bukti tamudun manusia dari abab B.C. , malahan ia juga unik dengan motif binatang atau makluk yang tidak dikenali. Berikut adalah karya acra yang dipamerkan di Galeri Seni Korea. Dapatkah anda mengaitkan arca ini dengan mitos maya?

Wednesday, 3 October 2012

Pameran Eksplorasi & Karya Seni Visual


Projek Taman Eksplorasi & Karya Seni Visual berjalan lancar pada 20 September 2012. Projek ini bukan saja membekalkan peluang latihan pengurusan pameran kepada guru pelatih, malah ia diharapkan dapat memberi khidmat pendidikan kepada sekolah yang berdekatan. Seramai 240 orang murid dari sekolah rendah dan menengah telah menyertai projek ini. Pihak pengelola merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Thursday, 20 September 2012

Mari Daftar sebagai Ahli Blog PSV IPGK Rajang

Pelancaran Blog Pendidikan Seni Visual IPGK Rajang pada 20 September 2012 sempena Majlis Perasmian Projek Eksplorasi Kreativiti Seni & Pameran Karya Seni Visual.

Objektif utama Blog PSV ini adalah untuk menyediakan satu "pentas" perkongsian & perbincangan dalam dunia seni visual.

Guru-guru dan pelajar PSV Serta peminat-peminat seni visual digalakkan menjadi ahli Blog PSV ini.

Monday, 17 September 2012

Perbincangan Konsep Ekspresi, Estetika & kreativiti


Konsep kreativiti dalam seni berkait rapat dengan potensi individu terhadap ruang, warna, ekspresi visual dan nilai estetika masing-masing. Video klip yang dilampir boleh digunakan untuk perbincangan dengan konsep ekspresi, estetika dan kreativiti.

Friday, 14 September 2012

Karya Seni Visual Untuk Pameran PSV 2012

Guru pelatih kumpulan PPISMP B. Iban Sem. 3 telah menghasilkan pelbagai jenis karya arca, catan, cetakan dan lukis untuk dipamerkan pada 20 September 2012. Peminat seni dialu-alukan untuk menyaksikan pameran tahunan ini.

Produk Pemenang Pertandingan Inovasi dipamerkan pada 20 September 2012 di IPGK Rajang.

Tahniah kepada guru-guru pelatih kumpulan PSV PISMP sem. 2 telah berjaya menyertai Pertandingan Inovasi P&P 2012 yang dianjurkan oleh Jabatan PIPK. Antara produk inovasi P&P yang dihasilkan adalah "The Moon", "Pattern", "PAK DUNGING", Frado, Tantrix 4-in-1 dan sebagainya. Kesemua  produk inovasi ini akan dipamerkan pada 20 September 2012 di Dewan Sri Rajang.

Monday, 10 September 2012

projek eksplorasi "Taman Kreativiti Kanak-kanak Dalam PSV"

IPGK Rajang akan mengadakan Pameran PSV dan Taman Eksplorasi pada 20 September 2012.

Beberapa buah sekolah yang berdekatan akan dijemput untuk memeriahkan lagi projek tersebut.

Orang ramai yang berminat boleh datang ke Dewan Sri Rajang mulai 8.30am hingga 4.30 pm pada hari tersebut.

Sekian, harap maklum.